Tuesday 27 December 2011

hidup ini

Pengalaman mengajar kita erti kehidupan
pengetahuan memberi kita erti kejayaan
persahabatan memberi kita erti pengorbanan
percintaan mengajar kita erti kesetiaan...

kenangan yang indah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Normaliza yang disayangi dan di kasihi selalu...
saya ingin memohon jutaan maaf kerana lambat update post..saya tak berapa sihat...hari ini baru boleh keluar pergi cybercafe update blog...
saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Dr kerana memberi ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup saya dan pelajaran saya. Khusus BBK 3408 sangat menyeronokkan walaupun kerja yang diberikan sangat banyak sehingga sedikit menjejaskan masa untuk subjek lain.
Tapi..masa kelas yang pertama, rasa takut juga pada Dr, sebab Dr nampak garang dan tegas tapi bila sudah serasi, rasa suka dan seronok.
mula-mula buat vide0, rasa seronok dan dapat pengalaman baru...dapat jadi artis la konon-kononnya..hehehe
bila dah masuk youtube...ramai pula yang tengok...hehehe...dapat dengar juga junior panggil "kak Artis "..pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat bersama-sama kumpulan saya iaitu BARA Production tidak akan dapat saya lupakan.
saya berharap pengetahuan dan pengalaman yang saya lalui sepanjang semester ini akan memberi saya kenangan dan kejayaan di masa akan datang...



tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
video dan blog pengubat rindu-rinduan...

semoga Dr sentiasa bahagia dan berjaya...
salam sayang dari saya....
sofea...

Monday 19 December 2011

next videO...

memang teruk sangat pencemaran air di tempat kita...
sampah yang memenuhi permukaan air..
dan air yang kotor..
serta berbau busuk...



nak post apa ya...

tak lama lagi dah nak exam..
nak stdy pula mls rasa..
aku balik kampung dulu la...
huhuhu..
mesti best kat kampung..
dari duk sini..
hehe

Thursday 15 December 2011

SiNaRaN

ku ingin hidupku sentiasa bersinar..
sentiasa disinari..
seperti sinaran lampu-lampu...
yang dapat menyerikan wajahku..
yang dapat menyerlahkan setiap riak yang muncul...
yang dapat membongkarkan setiap kegelisahan yang terpaut...
di setiap sudut..
di wajahku...






AtUkKu & AnAk SaUdArAkU




sEnTiAsA Di HaTiKu

BuAh HaTiKu








buah hatiku yang comel...

SeMpAt BeRgAmBaR


hehehe
suka-suki

Wednesday 14 December 2011

HiDuP

dalam dunia ni..
tak semua yang kita inginkan kita akan dapat...
tak semua yang kita tak nak kita tak dapat...
tapi kita mampu berusaha...
untuk mendapatkan apa yang kita inginkan...
walauapapun keputusan yang dilakukan..
biarlah ia bermakna dalam hidupmu..
sofia...
jangan jadikan kesibukan
sebagai satu alasan untuk kamu tidak berjaya...
jangan biarkan kemalasan..
menguasai dirimu...
berusahalah untuk terus berjaya..
dan mengejar cita-citamu...
insyaAllah...
kamu akan mendapat apa yang kamu ingin kan
dengan berkat Allah SWT..
amin...

Tuesday 6 December 2011

laman webbly ku...

laman website ini diciptakan untuk mempamerkan hasil karya sastera....penggiat sastera yang telah lama berkecimpung dan yang baru saja berjinak-jinak dalam bidang ini...
http://lamankaryasastera.weebly.com/

Monday 5 December 2011

sakit ke lucu??

petang tadi masa nak keluar..
aku membonceng motor dengan kawan aku..
tiba dekat selekoh..
tiba-tiba terbabas...
huhuhu..
nak kata sakit..memang sakit...
tapi kami asyik gelak saja..
hahaha....
Alhamdulillah...
luka sikit saja.
aku tetap minah rempit sejati...
hahaha.

ulang tahun hari lahir mama ku

pagi-pagi lagi aku terjaga dari tidur..
maklumlah nak ucap birthday kat mama ku
teringat masa kat rumah..
bila ada sambutan hari lahir..
mesti aku buatkan kek...
huhu...sedihnya...
selamat hari lahir mama..
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
i love u mom...

Tuesday 29 November 2011

suka hati

lama dah aku tak makan nasi kerabu..
semalam aku dengan kawan-kawan masak nasi kerabu...
bestnya....
teringat masakan ma di rumah....
rindu masakan ma....
huhuhuhu

?????

lambatnya nak habis belajar...
bosan dah aku tinggal kat sini....
harap semester ni dengan semester depan cepat-cepat habis..
dah la banyak gangguan kat sisi...
tension aku.....
Semoga permudahkan segala urusanku di sini..

Tuesday 22 November 2011

saat2 pembikinan videO seram AMUK

yat punya keja lah ni...muka wartawan tak tunjuk plak...huhuhu

videO ke2 kami (BARA)

videO pertama...baru2 berkecimpung dalam bidang lakonan...hehe

keja kena siapkan....

terpaksalah aku memerah otak untuk menyiapkan PITA...
25.12 kena hntr...matilah....huhuhuhu
hrp2 semua siap nnt.....

lalalala....

hari sabtu hr 2..terasa nak g umah akak aku..merempit la aku sorang2..hahaha....lepas dari simpang R&R Nilai..motor buat hal..pancit...dah la sorang2....tengah2 panas pula 2...adoi..bengang rasa...aku akak aku bagitau...lps tu aku call kwn aku plak mntk tlg..nsb baik kwn aku blh dtg...lma sungguh aku tunggu kwn aku tu...setengah jam gak...dah la ramai mat2 india berhenti...lps kawan aku sampai..diorang trus baiki motor aku..nasib baik la aku ramai kawan..blh la aku mintak tlg..terima kasih tak terhingga kt kawan ku tu...dah la dia dtg tlg aku..lps tu..free pula...tak yah bayar perkhidmatan..katanya "puak2 kita jah...susah senang sama2..." terharu aku dengar...berkawan biar beribu...bercinta tetap satu...kalau mak aku tahu...comfrim kena syarahan free....

Wednesday 16 November 2011

tension....

laptop asyik bengong je...
assigment dah la banyak....
sakit hati rasa...
kalau ikutkan hati...
nak buang je laptop tu...

susahnya...

video kedua daripada Dr.Notts sgt menguji kami...
kadng-kadang tension rasa..
bukan senang nak buat mimik muka takut dan ngeri...
banyak dugaan yang datang...
tapi kami dapat siapkan juga video ini...
walaupun tidak seberapa mantap.....
harap semua terhibur menonton...

Tuesday 8 November 2011

penat...

jam 5.30 pm, aku meninggalkan kg halaman untuk kembali ke UPM..
aku datang dengan kereta bersama adik dan mak saudaraku..
mula-mula aku drive...
jalan penuh dengan kereta..lenguh kakiku asyik kena tekan gear je...
lepas isi minyak, lupa nak ambil balance pula...
kena undur balik...
tension rasa...
hampir 5jam baru sampai R&R Gua Musang.sesak punya pasal..
lepas tu aku suruh mak cik aku pula yang drive..
dia drive kejap je...
lepas tu suruh aku drive lagi...
terpaksa la aku drive sampai UPM.
hampir 5.30 am baru aku tiba di UPM...
kelas pukul 8.00 am..mampus aku...
malam ni aku nak tidur awal...
nak ganti yang semalam punya...
baru puas hati aku nanti...
hahahaha

tak tau tajuk apa yang sesuai

sedihnya rasa....
orang lain masih beraya kat kampung...
aku pula dah ada kat upm...
dah la semua family ada kat kg...
meriahnya kat kg..
tapi bila teringat raya hari tu..
suka,bahagia,penat..
semua ada...
maklumlah...
dua ekor lembu selamat dikorbankan pada hari raya Aidil Adha..
Alhamdulillah...semua berjalan lancar....

Saturday 5 November 2011

group BARA

kawan-kawan ku...(yat,mida,nini n john)
nampaknya jadi pelakon lagi la kita  ye..
glamour la kita nanti..
tak sabar nak tunggu orang mintak sign..hehe(perasan yang tak perli dibayar)
harap-harap kita jadi pelakon yang terbaik lagi nanti untuk next vide0...

Bahagia di Aidil Adha

Alhamdulillah..bersyukur ke Hadrat Ilahi...
semua adik-beradikku dapat beraya di kampung..
rasa meriah di rumah bila dua orang buah hati ku sampai...
kami susah nak berkumpul ramai-ramai macam ni...
biasa la...semua kerja tempat jauh-jauh...
lepas tu masing-masing sibuk dengan kerja...
aku ada 11 orang adik-beradik..ramaikan...hehehe
bila semua dah kembali bekerja..
tinggal adik-adik yang sekolah rendah je kat umah bersama ma dan abah...
sunyi kan...
tahun ni atuk akan sembelih 2 ekor lembu...
banyakkan...hehehe..
makan daging sakan la jawabnya...
nyam...sedapnya..
semoga semua berjalan lancar dan mendapat keredhaan daripada Allah SWT...
amin...

hari raya Aidil Adha...

makin bergema suara azan..
mengalunkan kemerduan Nama Ilahi..
tanda kebesaran Yang Maha Esa..
memberi kebahagian kepada manusia...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua...
maaf dipinta setulus hati....

Tuesday 1 November 2011

keranamu


suaramu....
menyegarkan aku dikala subuh...
menyihatkan aku disetiap kesakitanku...
merajinkan ku di setiap kemalasan yang melanda diriku...
memberi ketabahan dalam kehidupanku....
pelukanmu...
membuat aku alpa dengan kasih selain mu...
membuat aku rindu setiap bayanganmu...
membuat aku menangis ketika mengingatimu...
kerna...
kau yang sangat ku sayangi
lebih dari diriku sendiri...
lebih dari nyawaku sendiri.
lebih dari segalanya ma...
i love u ma...
i miss u  ma....



Sunday 30 October 2011

perkara yang tidak dapat dilupakan

perkara yang tidak dapat aku lupakan dalam hidupku sangat banyak. namun terdapat satu peristiwa sedih yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila pun. peristiwa ini berlaku semasa cuti semester satu.pada bulan 11 2009, cuti semester aku bermula. aku tiba di rumah atuk ku pada waktu pagi. ibu ku menelefonku untuk menyuruhku pulang ke rumahnya pada waktu petang dan selepas itu aku sempat bercakap dengan adik lelakiku yang bernama Amin.
sedang aku bersiap untuk pulang, tiba-tiba ibuku menelefonku untuk memberitahu berita tentang adikku yang telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran dengan sekolahnya.aku sangat terkejut mendengar berita tersebut. tanpa berkata apa-apa, aku terus menuju ke hospital. hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya hati ini bila melihat keadaan adikku yang penuh berlumuran darah.
darah mengalir keluar dari setiap rongga seperti hidung, telinga dan mulutnya.
aku tidak dapat menahan sebak di dada dan titik-titik mutiara jatuh dan mengalir seperti air sungai yang berarus.
aku sentiasa berdoa supaya adikku selamat.Alhamdulillah, Allah telah memanjangkan umur adikku.walaupun dia telah melalui pelbagai halangan dan rintangan untuk berperang dengan maut. aku sangat mengagumi kecekalan ibu bapaku kerana mereka tidak pernah mengalirkan air mata di depan anak-anak mereka walaupun telah melihat keadaan adikku yang sangat teruk ini. ketabahan ibuku juga diuji apabila terpaksa melihat dan memegang jari adikku yang telah terputus dari tangannya.


Tuesday 18 October 2011

my life about J

Jonah merupakan salah seorang kawan drNotts
Jasper mungkin merupakan bunian atau hantu.
manakala John mungkin anak DrNotts atau gelaran kepada seseorang

Wednesday 12 October 2011

kehidupan

semua yang berlaku ada hikmatnya
semua yang berlaku ada kebaikannya
bencana, kemusnahan mendatangi kita
untuk mengingatkan kita padaNya
supaya kita tak akan lupa
akan kewujudanNya
di kala siang dan malam
di kala muda dan tua
tanpa mengira masa dan ketika
sujudlah kita pada Yang Esa,.

kasihmu ibu

kasih ibu membawa ke syurga..
itulah pepatah yang sering kita dengar
namun tidak kita nafikan lagi bahawa
pepatah yang suci itu telah luput ditinggal zaman
sentiasa terpapar, tersiar di kaca tv, di akhbar
tentang pembuangan bayi dan tidak dinafikan juga pembuangan ibu-ibu ke rumah orang tua...
dimanakah kasih sayang seorang ibu dan dimanakah kasih sayang seorang anak?????
ingat lah bahawa bukan kita yang menentukan hidup mati seorang manusia walaupun dia bergelar anak atau bergelar ibu...

Monday 3 October 2011

Ayu ke???

jangan menilai seseorang dari segi luaran sahaja...jangan sekadar lihat pemakaian semata-mata.kalau ingin menilai seseorang itu harus kenal dengan lebih baik lagi.semalam saja-saja pakai pakaian yang menyerlahkan keayuaan..hahaha..ayu ke....itula persoalannya....kalau nak tahu ayu ke tidak...lihat la gambarnya nanti..
.dalam dunia ini,pelbagai jenis manusia yang ada. ada yang baik,sopan,berbudi bahasa,celupar mulutnya,suka mengata,suka mengumpat dan macam-macam lagi. memang tidak dinafikan,saya pun tidak terlepas dan kadang-kadang itu suka juga mengata orang. namun jika kita suka membuat cerita yang akan memberi kesan kepada seseorang,bertaubatlah...ingat lah bahawa Allah Maha Adil..

indahnya hidup

Indahnya hidup ini kalau kita tahu menghargainya.kenapa tak semua manusia yang tahu menghargai semua ini.
kenapa ada sesetengah manusia tidak menghargai sesuatu yang hadir dalam hidup mereka.kenapa kita yang harus melaluinya disebabkan sesetengah manusia yang begitu.andai mereka menyedari suatu hari nanti, bersyukur lah dengan apa yang kita ada dan hargainya sebelum terlambat.

Sunday 2 October 2011

hari-hari di putrajaya



kau hanya milikku

sudah lama ku nantikan hadirmu untuk ku...akhirnya kau telah hadir dalam hidupku tanpaku sedari...
kau sangat bermakna bagiku..kau segala-galanya bagiku...kau hanya milikku..tiada siapa yang boleh menyentuhmu selain dariku..
ku tak sanggup berjauhan darimu...hadirmu menceriakanku...membawa berjuta kenangan dalam hidupku...
kau lah Nikon Coolfix s3100 milikku yang abadi..

sehari di putrajaya

bosan di bilik. aku mengajak kawanku keluar.tujuan sebenarku untuk berjumpa adikku. tak sangka pula selepas itu kami meronda-ronda satu putrajaya dengan TAK 1506 milikku...dari pagi sampai ke petang kami keluar sambil praktik cara-cara mengambil gambar yang memenuhi asas grafik..hehehe..alasan kan...padahal memang kami ni giler bergambar...dari first masuk UPM, dah berpuluh-puluh album gambar...asal kuar je,bergambar...tapi tak boleh salahkan kamikan..dah hobi dan minat kami begitu...tak tau la berapa ratus lagi album akan tersumbat dalam laptop kami nanti lepas kami mendapat ilmu tentang fotografi dengan lebih mendalam lagi nantihttp://aammwa.blogspot.com..nasib kau la laptop..hahaha...

DIA

aku syukur sebab dia baik. dia faham keadaan aku dan sentiasa tolong aku walau dengan cara sekalipun. aku sentiasa ingatkannya walau di mana dia berada.aku sayangkan nya.aku harap hubungan ku dengannya berkekalan sampai akhir hayat kami. dia sentiasa beri semangat dan sokongan kepada ku dalam semua benda.aku harap dia akan sudi menjadi teman setia ku sampai bila-bila walaupun jarak memisahkan kami suatu hari nanti. kau lah teman seperjuanganku..ingatlah wahai sahabatku...http://aammwa.blogspot.com

Tuesday 20 September 2011

birthday ku

Tanggal 19 September ialah tarikh yang tak dapat dilupakan...jarum jam menunjukkan pukul 12.01 pagi, ahli keluarga dan kawan-kawan mulalah menghantar pesanan ringkas dan menelefon untuk mengucapkan selamat ulang tahun yang ke 23. Walaupun sudah tahun kedua tidak dapat menyambutnya bersama keluarga tersayang,namun saya tetap gembira kerana mereka tidak pernah melupakannya...terima semua...

Friday 16 September 2011

Kesabaran Ternoda

Pada satu malam,saya keluar makan bersama kawanku. Apabila tiba di kedai makan, kedai yang biasa kami menjamu selera telah tutup tanpa kami ketahui sebabnya. Terpaksa kami cari kedai yang lain. Oleh kerana kami dibasahi titisan-titisan mutiara dari langit, kami telah memilih kedai yang paling dekat dengan kami.Tidak kusangka ku tersalah memilih kedai.Jarum jam terpaksa berputar beberapa kali untuk mengira masa tempahan kami sampai.Aku hampir meninggalkan kedai tersebut kerana kesabaranku ternoda.