Sunday, 30 October 2011

perkara yang tidak dapat dilupakan

perkara yang tidak dapat aku lupakan dalam hidupku sangat banyak. namun terdapat satu peristiwa sedih yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila pun. peristiwa ini berlaku semasa cuti semester satu.pada bulan 11 2009, cuti semester aku bermula. aku tiba di rumah atuk ku pada waktu pagi. ibu ku menelefonku untuk menyuruhku pulang ke rumahnya pada waktu petang dan selepas itu aku sempat bercakap dengan adik lelakiku yang bernama Amin.
sedang aku bersiap untuk pulang, tiba-tiba ibuku menelefonku untuk memberitahu berita tentang adikku yang telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran dengan sekolahnya.aku sangat terkejut mendengar berita tersebut. tanpa berkata apa-apa, aku terus menuju ke hospital. hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya hati ini bila melihat keadaan adikku yang penuh berlumuran darah.
darah mengalir keluar dari setiap rongga seperti hidung, telinga dan mulutnya.
aku tidak dapat menahan sebak di dada dan titik-titik mutiara jatuh dan mengalir seperti air sungai yang berarus.
aku sentiasa berdoa supaya adikku selamat.Alhamdulillah, Allah telah memanjangkan umur adikku.walaupun dia telah melalui pelbagai halangan dan rintangan untuk berperang dengan maut. aku sangat mengagumi kecekalan ibu bapaku kerana mereka tidak pernah mengalirkan air mata di depan anak-anak mereka walaupun telah melihat keadaan adikku yang sangat teruk ini. ketabahan ibuku juga diuji apabila terpaksa melihat dan memegang jari adikku yang telah terputus dari tangannya.


No comments:

Post a Comment