Sunday 30 October 2011

perkara yang tidak dapat dilupakan

perkara yang tidak dapat aku lupakan dalam hidupku sangat banyak. namun terdapat satu peristiwa sedih yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila pun. peristiwa ini berlaku semasa cuti semester satu.pada bulan 11 2009, cuti semester aku bermula. aku tiba di rumah atuk ku pada waktu pagi. ibu ku menelefonku untuk menyuruhku pulang ke rumahnya pada waktu petang dan selepas itu aku sempat bercakap dengan adik lelakiku yang bernama Amin.
sedang aku bersiap untuk pulang, tiba-tiba ibuku menelefonku untuk memberitahu berita tentang adikku yang telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran dengan sekolahnya.aku sangat terkejut mendengar berita tersebut. tanpa berkata apa-apa, aku terus menuju ke hospital. hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya hati ini bila melihat keadaan adikku yang penuh berlumuran darah.
darah mengalir keluar dari setiap rongga seperti hidung, telinga dan mulutnya.
aku tidak dapat menahan sebak di dada dan titik-titik mutiara jatuh dan mengalir seperti air sungai yang berarus.
aku sentiasa berdoa supaya adikku selamat.Alhamdulillah, Allah telah memanjangkan umur adikku.walaupun dia telah melalui pelbagai halangan dan rintangan untuk berperang dengan maut. aku sangat mengagumi kecekalan ibu bapaku kerana mereka tidak pernah mengalirkan air mata di depan anak-anak mereka walaupun telah melihat keadaan adikku yang sangat teruk ini. ketabahan ibuku juga diuji apabila terpaksa melihat dan memegang jari adikku yang telah terputus dari tangannya.


Tuesday 18 October 2011

my life about J

Jonah merupakan salah seorang kawan drNotts
Jasper mungkin merupakan bunian atau hantu.
manakala John mungkin anak DrNotts atau gelaran kepada seseorang

Wednesday 12 October 2011

kehidupan

semua yang berlaku ada hikmatnya
semua yang berlaku ada kebaikannya
bencana, kemusnahan mendatangi kita
untuk mengingatkan kita padaNya
supaya kita tak akan lupa
akan kewujudanNya
di kala siang dan malam
di kala muda dan tua
tanpa mengira masa dan ketika
sujudlah kita pada Yang Esa,.

kasihmu ibu

kasih ibu membawa ke syurga..
itulah pepatah yang sering kita dengar
namun tidak kita nafikan lagi bahawa
pepatah yang suci itu telah luput ditinggal zaman
sentiasa terpapar, tersiar di kaca tv, di akhbar
tentang pembuangan bayi dan tidak dinafikan juga pembuangan ibu-ibu ke rumah orang tua...
dimanakah kasih sayang seorang ibu dan dimanakah kasih sayang seorang anak?????
ingat lah bahawa bukan kita yang menentukan hidup mati seorang manusia walaupun dia bergelar anak atau bergelar ibu...

Monday 3 October 2011

Ayu ke???

jangan menilai seseorang dari segi luaran sahaja...jangan sekadar lihat pemakaian semata-mata.kalau ingin menilai seseorang itu harus kenal dengan lebih baik lagi.semalam saja-saja pakai pakaian yang menyerlahkan keayuaan..hahaha..ayu ke....itula persoalannya....kalau nak tahu ayu ke tidak...lihat la gambarnya nanti..
.dalam dunia ini,pelbagai jenis manusia yang ada. ada yang baik,sopan,berbudi bahasa,celupar mulutnya,suka mengata,suka mengumpat dan macam-macam lagi. memang tidak dinafikan,saya pun tidak terlepas dan kadang-kadang itu suka juga mengata orang. namun jika kita suka membuat cerita yang akan memberi kesan kepada seseorang,bertaubatlah...ingat lah bahawa Allah Maha Adil..

indahnya hidup

Indahnya hidup ini kalau kita tahu menghargainya.kenapa tak semua manusia yang tahu menghargai semua ini.
kenapa ada sesetengah manusia tidak menghargai sesuatu yang hadir dalam hidup mereka.kenapa kita yang harus melaluinya disebabkan sesetengah manusia yang begitu.andai mereka menyedari suatu hari nanti, bersyukur lah dengan apa yang kita ada dan hargainya sebelum terlambat.

Sunday 2 October 2011

hari-hari di putrajaya



kau hanya milikku

sudah lama ku nantikan hadirmu untuk ku...akhirnya kau telah hadir dalam hidupku tanpaku sedari...
kau sangat bermakna bagiku..kau segala-galanya bagiku...kau hanya milikku..tiada siapa yang boleh menyentuhmu selain dariku..
ku tak sanggup berjauhan darimu...hadirmu menceriakanku...membawa berjuta kenangan dalam hidupku...
kau lah Nikon Coolfix s3100 milikku yang abadi..

sehari di putrajaya

bosan di bilik. aku mengajak kawanku keluar.tujuan sebenarku untuk berjumpa adikku. tak sangka pula selepas itu kami meronda-ronda satu putrajaya dengan TAK 1506 milikku...dari pagi sampai ke petang kami keluar sambil praktik cara-cara mengambil gambar yang memenuhi asas grafik..hehehe..alasan kan...padahal memang kami ni giler bergambar...dari first masuk UPM, dah berpuluh-puluh album gambar...asal kuar je,bergambar...tapi tak boleh salahkan kamikan..dah hobi dan minat kami begitu...tak tau la berapa ratus lagi album akan tersumbat dalam laptop kami nanti lepas kami mendapat ilmu tentang fotografi dengan lebih mendalam lagi nantihttp://aammwa.blogspot.com..nasib kau la laptop..hahaha...

DIA

aku syukur sebab dia baik. dia faham keadaan aku dan sentiasa tolong aku walau dengan cara sekalipun. aku sentiasa ingatkannya walau di mana dia berada.aku sayangkan nya.aku harap hubungan ku dengannya berkekalan sampai akhir hayat kami. dia sentiasa beri semangat dan sokongan kepada ku dalam semua benda.aku harap dia akan sudi menjadi teman setia ku sampai bila-bila walaupun jarak memisahkan kami suatu hari nanti. kau lah teman seperjuanganku..ingatlah wahai sahabatku...http://aammwa.blogspot.com