Tuesday, 27 December 2011

kenangan yang indah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Normaliza yang disayangi dan di kasihi selalu...
saya ingin memohon jutaan maaf kerana lambat update post..saya tak berapa sihat...hari ini baru boleh keluar pergi cybercafe update blog...
saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Dr kerana memberi ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup saya dan pelajaran saya. Khusus BBK 3408 sangat menyeronokkan walaupun kerja yang diberikan sangat banyak sehingga sedikit menjejaskan masa untuk subjek lain.
Tapi..masa kelas yang pertama, rasa takut juga pada Dr, sebab Dr nampak garang dan tegas tapi bila sudah serasi, rasa suka dan seronok.
mula-mula buat vide0, rasa seronok dan dapat pengalaman baru...dapat jadi artis la konon-kononnya..hehehe
bila dah masuk youtube...ramai pula yang tengok...hehehe...dapat dengar juga junior panggil "kak Artis "..pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat bersama-sama kumpulan saya iaitu BARA Production tidak akan dapat saya lupakan.
saya berharap pengetahuan dan pengalaman yang saya lalui sepanjang semester ini akan memberi saya kenangan dan kejayaan di masa akan datang...



tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
video dan blog pengubat rindu-rinduan...

semoga Dr sentiasa bahagia dan berjaya...
salam sayang dari saya....
sofea...

No comments:

Post a Comment