Tuesday, 20 September 2011

birthday ku

Tanggal 19 September ialah tarikh yang tak dapat dilupakan...jarum jam menunjukkan pukul 12.01 pagi, ahli keluarga dan kawan-kawan mulalah menghantar pesanan ringkas dan menelefon untuk mengucapkan selamat ulang tahun yang ke 23. Walaupun sudah tahun kedua tidak dapat menyambutnya bersama keluarga tersayang,namun saya tetap gembira kerana mereka tidak pernah melupakannya...terima semua...

Friday, 16 September 2011

Kesabaran Ternoda

Pada satu malam,saya keluar makan bersama kawanku. Apabila tiba di kedai makan, kedai yang biasa kami menjamu selera telah tutup tanpa kami ketahui sebabnya. Terpaksa kami cari kedai yang lain. Oleh kerana kami dibasahi titisan-titisan mutiara dari langit, kami telah memilih kedai yang paling dekat dengan kami.Tidak kusangka ku tersalah memilih kedai.Jarum jam terpaksa berputar beberapa kali untuk mengira masa tempahan kami sampai.Aku hampir meninggalkan kedai tersebut kerana kesabaranku ternoda.